Sedia maklum, sejak kebelakangan ini banyak kisah ‘penyondol’ berlaku di kalangan masyarakat.
Sememangnya seorang lelaki mengahwini satu lagi tidak salah di sisi agama tetapi demi menjaga hati isteri, dia perlulah meminta izin dahulu.
Bagaimanapun, satu hantaran di Facebook ini telah mendatangkan rasa kurang senang daripada kalangan netizen.
Melalui hantaran tersebut, lelaki itu berkata seandainya perempuan mengahwini kerana nafsu pasti dia akan berasa marah apabila suami mahu mengahwini satu lelaki.
Tetapi, jika dia reda dengan keputusan si suami untuk mengahwini wanita lain, maka dia berkahwin atas dasar agama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bidas semula pendapat lelaki tersebut dan merasakan dia berkat sebegitu hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja.
Malah, merasakan lelaki terbabit yang berkahwin atas dasar nafsu.