“Kalau Nampak Saya Dengan Fattah, Itu Semua Urusan Kerja” – Amira Othman

Hiburan

“Kalau Nampak Saya Dengan Fattah, Itu Semua Urusan Kerja” – Amira Othman

Penyanyi, Amira Othman sekali lagi menegaskan bahawa dia dan pelakon, Fattah Amin tidak mempunyai sebarang hubungan intim.

Memetik laporan Kosmo, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman berkata, dia enggan orang ramai salah sangka apabila melihat mereka berdua berada di tempat awam.

Advertisement

Saya tak jangka situasi jadi sampai begini (digosip) tapi kami tampak rapat hanya atas dasar kerja dalam projek sebelum ini dan sekarang bergandingan pula untuk kempen Jakel.

amira othman dan fattah amin

Jadi, kalau nampak saya dan Fattah keluar bersama, itu semua atas dasar kerja.

Dalam pada itu, penyanyi tersebut akui dia kurang memahami definisi ‘menunggang’ populariti pelakon itu dan menyifatkan segalanya berbalik kepada rezeki.

Saya kurang faham sikit definisi ‘menunggang’ ni. Bagi saya, semua ini rezeki dan apa yang pasti segala yang terjadi dan tersusun ini adalah ketetapan Allah.

amira othman

Saya juga rasa perkataan ‘menunggang’ kurang sesuai digunakan. Ini kerana kalau sudah tertulis rezeki, macam-macam boleh berlaku.

 

Apa sahaja pilihan, sama ada mahu kontroversi atau tidak, pasti ada kebaikan serta keburukan termasuk membabitkan gimik untuk projek video muzik saya tempoh hari.

Sebelum ini, muncul kontroversi mengatakan Amira dan Fattah mempunyai hubungan intim namun kedua-dua belah pihak telah menafikan dakwaan tersebut.

1 week ago

“Ini Semua Gimik...“ - Teka-Teki Kini Terjawab, Amira Othman Akui Tumpang Populariti Fattah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...