“Kalau Nampak Ada Duit Yang Diselit Di Viper Kereta Jangan Ambil!”

Trending

“Kalau Nampak Ada Duit Yang Diselit Di Viper Kereta Jangan Ambil!”

Akak nak cerita balik pasal duit RM1 ini. Kejadian berlaku di Palm Mall, Seremban, sekitar jam 12 tengah hari. Masa itu, di tempat parking memang tak ramai orang, adalah dalam lima buah kereta sahaja.

Advertisement

Ternampak duit RM1 diselitkan pada wiper kereta. Puas memikirkan kenapa ada duit diselitkan di situ sebab:

  • Kemungkinan taktik untuk pukau mangsa atau,
  • Taktik mengumpan mangsa keluar dari kereta dan rompak.

Masa akak keluar dari pintu parking Palm Mall tadi, memang akak ada ternampak orang berdiri tetapi sekelip mata saja, dia hilang dari pandangan.

Selang dua buah kereta dari kereta akak memang ada orang. Enjin keretanya hidup tetapi mereka tak bergerak. Mungkin mereka sedang menunggu akak keluar dan ambil duit seringgit itu.

Tetapi akak tak keluar sebab memang tak nampak. Lagipun, Danial (anak) ada dengan akak pada masa itu. Memang Allah nak melindungi kami berdua.

Bila dah keluar dari kawasan Palm Mall, barulah akak ternampak duit itu. Duit itu akak langsung tak ambil apatah lagi menyentuhnya. Akak biarkan saja di wiper. Tahu-tahu dah hilang, mungkin dah terbang dek angin.

Ada saksi yg nampak masa akak parking kat situ…..kebetulan berada kat tempat yg sama

Berhati-hati ye semua. Bermacam-macam kemungkinan yang boleh berlaku. Penjenayah ada di mana-mana. Kelaur rumah, baca ayat Qursi. InshaAllah, Allah melindungi kita.

Sumber : Norlaila Dlaila Dlaila

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...