Kecoh juga beberapa hari lepas dengan berita yang tersebar kononnya pelakon Mia Ahmad sering membuat “ spot check” ataupun kunjungan mengejut terhadap suaminya, penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan. Menurut sebuah blog, Mia melakukan perkara itu kerana bimbang dicurangi.
Walaubagaimanapun, Mia menafikan dakwaan blog tersebut dan memberikan penjelasan lanjut menerusi akaun Twitternya.
Sabarlah Mia, sebagai selebriti kadang-kadang memang tidak boleh lari daripada gosip ataupun kontroversi. Harapnya dengan penjelasan Mia ini tiadalah pihak yang mengkritik dan terus membuat spekulasi.