Bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa bengang terhadap Rita yang dipercayai sehingga hari ini masih belum “move on” dan sengaja mengaitkan nama isterinya, Zarema Zainal didalam sebuah komen.
Didalam kapsyen Aidil, beliau dengan nada marah mempertikaikan tindakan Rita yang tidak henti ingin mengganggu kehidupan beliau dan Zarema.
Berikut luahan penuh Aidil : –
Rata-rata pengikut Instagram Aidil yang membaca luahan tersebut meminta agar Aidil bersabar dan jangan menghiraukan setiap komen bekas isterinya itu.
Ermm, sejujurnya pada pendapat kami, Rita tidak perlu lagi “petik” nama Zarema ataupun Aidil lagi di dalam mana-mana komen ataupun kenyataan walaupun kadang-kadang ada provokasi daripada peminat. Teruskanlah kehidupan masing-masing. Mungkin apa yang berlaku antara beliau dan Aidil itu menyakitkan tetapi maafkan sahajalah dan hidup dengan tenang.