“Kalau Nak ‘MC’, Kenapa Tak Datang Awal, Kenapa Sekarang Baru Datang?” – Wanita Berang Dituduh Minta ‘MC’ Kerana Mahu Ponteng Kerja

Kehidupan

“Kalau Nak ‘MC’, Kenapa Tak Datang Awal, Kenapa Sekarang Baru Datang?” – Wanita Berang Dituduh Minta ‘MC’ Kerana Mahu Ponteng Kerja

Baru-baru ini, tular di aplikasi X mengenai seorang wanita yang meluahkan rasa ketidak puasan hatinya apabila dituduh cuba menipu sijil cuti sakit hanya kerana lambat ke klinik.

Menerusi hantaran yang dikongsinya, pada mulanya dia gembira untuk pergi ke klinik kerajaan untuk mendapatkan konsultasi kerana ia hanya RM1.

Advertisement

Selepas selesai mendapatkan sesi konsultasi, dia mahu meminta sijil cuti sakit (MC) kerana tidak dapat hadir ke tempat kerja.

Tapi respons yang diberikan oleh doktor tersebut sangat tidak membantu kerana enggan memberi sijil cuti sakit kepada pesakit yang datang lewat.

Kalau nak MC kenapa tak datang awal? Kenapa sekarang baru datang?

Demi mempertahankan diri, wanita itu mengatakan badannya baru rasa sedikit bertenaga untuk datang ke klinik pada waktu petang atas nasihat majikan.

Namun doktor itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dan mengatakan wanita itu memberikan alasan untuk mendapatkan sijil cuti sakit dengan mudah.

Sekarang boleh bangun pulak. Larat pulak? Tu semua alasan je.

Bagaimanapun, doktor tersebut memberikan sijil cuti sakit selepas mengetahui latar belakang kerjanya iaitu sebagai seorang barista yang tidak mengikut waktu pejabat biasa dan mempunyai fleksbiliti masa untuk bertugas.

anggota tentera baru dapat anak meninggal dunia
2 months ago

Baru Dapat Anak Sulung, Anggota Tentera Meninggal Dunia Ketika Latihan - “Arwah Sempat ‘Upload’ Gambar Bercuti Sehari Sebelum Pergi...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...