March 11th, 2020

Baru-baru ini, perkongsian pelawak Ali Puteh yang meluahkan rasa rindu terhadap arwah Abam menerima kecaman apabila ada netizen yang menyifatkan luahannya itu hanya sekadar mahu meraih simpati dan publisiti murahan.

ali puteh mengamuk

Malah, ada yang terkejut dengan tindakan Ali membalas komen jujur yang ditulis netizen dengan cara kasar sehingga ada yang melabelkannya seorang yang panas baran.

Gara-gara itu dia menerima pelbagai kritikan serta kecaman teruk, dimana ramai membandingkan keperibadiannya dengan arwah abangnya yang sangat jauh berbeza. Umum mengetahui Abam seorang yang berbudi bahasa dan baik hati.

ali puteh ig

Tidak tahan terus dikecam, Ali sekali lagi nampaknya tidak dapat mengawal emosinya dan mencabar netizen agar bersemuka. Lebih baik bertemu empat mata sekiranya ada yang ingin menghina dirinya, jangan hanya “berani” di media sosial sahaja.

Pada pendapat kami, dalam situasi sekarang Ali lebih baik untuk terus bersabar dan jangan terus melayan komen-komen negatif.

ali puteh pelik kakak ipar

Bila dalam keadaan tertekan dan emosi tidak stabil, pelbagai perkara atau perkataan tidak sepatutnya akan keluar yang hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tidak perlu terus membalas setiap kecaman, cuba untuk tenangkan diri.

Sumber Berita : mStar Online


10 responses to “Kalau Nak Maki Atau Hina Terus Jumpa Saya, Jangan Di IG Sebab Tak ‘Gentle’ – Ali Puteh”

  1. wat eba says:

    MEMBUKTIKAN LAGI KELUARGA DIA NI KURANG DIDIKAN UGAMA….

  2. Intan says:

    Orang Komen suruh dia, mana yg salahnyer? Bukan suruh gi terjun bangunan

  3. Anonymous says:

    oh so menganjing dan maki orang tu gentle la ..dia ni seorang yang bodoh tak bertempat

  4. whutevas says:

    kalau jumpa depan2 nanti kau tumbuk, kan kau sejenis binatang pemanas

  5. feldegast says:

    Sekarang dah macam ustaz2, cuma perangai je tak berubah. Biar nampak alim supaya orang tak kecam dan tak tanya pasal duit ipar dan anak saudara pergi ke mana. Jiwa masih tak aman walaupun dari luar nampak islamik sangat. Kalau kau jiwa tenang takdenya nak melenting kalau takat komen kecil macam tu.

Loading...