Baru-baru ini, perkongsian pelawak Ali Puteh yang meluahkan rasa rindu terhadap arwah Abam menerima kecaman apabila ada netizen yang menyifatkan luahannya itu hanya sekadar mahu meraih simpati dan publisiti murahan.
Malah, ada yang terkejut dengan tindakan Ali membalas komen jujur yang ditulis netizen dengan cara kasar sehingga ada yang melabelkannya seorang yang panas baran.
Gara-gara itu dia menerima pelbagai kritikan serta kecaman teruk, dimana ramai membandingkan keperibadiannya dengan arwah abangnya yang sangat jauh berbeza. Umum mengetahui Abam seorang yang berbudi bahasa dan baik hati.
Tidak tahan terus dikecam, Ali sekali lagi nampaknya tidak dapat mengawal emosinya dan mencabar netizen agar bersemuka. Lebih baik bertemu empat mata sekiranya ada yang ingin menghina dirinya, jangan hanya “berani” di media sosial sahaja.
Pada pendapat kami, dalam situasi sekarang Ali lebih baik untuk terus bersabar dan jangan terus melayan komen-komen negatif.
Bila dalam keadaan tertekan dan emosi tidak stabil, pelbagai perkara atau perkataan tidak sepatutnya akan keluar yang hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tidak perlu terus membalas setiap kecaman, cuba untuk tenangkan diri.

Me
March 16, 2020 at 10:32 am
Nampak sangat dia ni jenis panas baran …
Anonymous
March 12, 2020 at 8:27 pm
Harap Ali Banyak bersabar …makin Banyak org kutuk , Hina Kita ….makin banyak kasih sayang ALLAH Kita Akan dapat…..cumanya kena Banyak sabar……
Beras Nasional
March 12, 2020 at 10:10 am
Hahahahahah masalahnya, dia maki ipar kat IG boleh pulak
semakin menyampah dgn 'pakar faraid'
March 12, 2020 at 8:19 am
Alah.. poyo jer ‘pakar faraid’ ni. dia yg menganjing2kan org. bahasa bkn main kasar lagi.
Cik Latiff
March 11, 2020 at 2:44 pm
korang ni tulis, macam korang ni molek sangat. acu korang di tempat dia… baru kena satu komen, mau meletup meletup. jangan cakap macam tu, doakan dia. dia berubah, kita dapat double pahala, dia tak berubah pun, kita tetap dapat saham. korang dok perangat lagi… molek jer dosa tu jalan, walaupun ko dah meninggalkan donia yang fana ini… beringat lah…