Kalau Nak Maki Atau Hina Terus Jumpa Saya, Jangan Di IG Sebab Tak ‘Gentle’ – Ali Puteh

Hiburan

Kalau Nak Maki Atau Hina Terus Jumpa Saya, Jangan Di IG Sebab Tak ‘Gentle’ – Ali Puteh

Baru-baru ini, perkongsian pelawak Ali Puteh yang meluahkan rasa rindu terhadap arwah Abam menerima kecaman apabila ada netizen yang menyifatkan luahannya itu hanya sekadar mahu meraih simpati dan publisiti murahan.

ali puteh mengamuk

Advertisement

Malah, ada yang terkejut dengan tindakan Ali membalas komen jujur yang ditulis netizen dengan cara kasar sehingga ada yang melabelkannya seorang yang panas baran.

Gara-gara itu dia menerima pelbagai kritikan serta kecaman teruk, dimana ramai membandingkan keperibadiannya dengan arwah abangnya yang sangat jauh berbeza. Umum mengetahui Abam seorang yang berbudi bahasa dan baik hati.

ali puteh ig

Tidak tahan terus dikecam, Ali sekali lagi nampaknya tidak dapat mengawal emosinya dan mencabar netizen agar bersemuka. Lebih baik bertemu empat mata sekiranya ada yang ingin menghina dirinya, jangan hanya “berani” di media sosial sahaja.

Pada pendapat kami, dalam situasi sekarang Ali lebih baik untuk terus bersabar dan jangan terus melayan komen-komen negatif.

ali puteh pelik kakak ipar

Bila dalam keadaan tertekan dan emosi tidak stabil, pelbagai perkara atau perkataan tidak sepatutnya akan keluar yang hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tidak perlu terus membalas setiap kecaman, cuba untuk tenangkan diri.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...