“Kalau Nak Kerja, Jangan Susahkan Orang Lain. Sangat Kurang Ajar!” – Ummi Nazeera Pernah ‘Sound’ Pelakon Baru

Hiburan

“Kalau Nak Kerja, Jangan Susahkan Orang Lain. Sangat Kurang Ajar!” – Ummi Nazeera Pernah ‘Sound’ Pelakon Baru

Dramatis Ummi Nazeera mendedahkan dia pernah melepaskan kemarahan dan menengking seorang pendatang baru dalam industri hiburan kerana tidak menepati masa penggambaran.

Katanya, dia tidak dapat menahan sabar apabila aktres itu sering lambat ke lokasi sehingga menyusahkan pelakon lain terutamanya pelakon senior.

Advertisement

ummi n

Ujar aktres berusia 33 tahun itu, dia tidak dapat menahan diri dan melenting kerana pelakon baru tersebut seperti tidak menghormati pelakon senior yang penat menunggunya.

Nak menyusahkan saya yang masih ada energi ok lagi tapi ini menyusahkan orang tua. jadi saya termarah dia dalam nada yang agak tinggi.

Dia buat benda tu berterusan, jadi saya mengamuk dekat dalam bilik. Saya cakap ‘jangan buat macam ni, sangat kurang ajar’.

ummi nazeera

Aktres itu bagaimanapun tidak melawan dan menerima tegurannya serta meminta maaf kepada semua pelakon dan pihak produksi.

Tambah Ummi, hubungannya dengan aktres tersebut masih baik dan sentiasa bertegur sapa setiap kali bersu muka di mana-mana acara.

 

Make sure ada adab dalam bekerja

Dalam pada itu, Ummi berpesan kepada pelakon baru yang baru nak berjinak dalam bidang lakonan untuk mempunyai adab dalam pekerjaan.

Pengajarannya, kalau nak kerja jangan susahkan orang lain terutamanya pelakon yang sudah berusia. Saya sangat sensitif apabila melibatkan orang tua.

Kalau tak boleh berlakon (kayu) pada saya tak ada masalah tapi kalau adab tak ada, benda tu boleh jadi satu perkara besar.

1 year ago

"Kalau Dia Kekwat, Saya Tak Mahu" - Enggan Ada 'Problem' Di Set, Ahmad Idham Ada Cara Elak Ambil Artis Sombong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...