“Kalau Nak Kena Buka Tudung, Cari Orang Lain..” – Zila Bakarin

Hiburan

“Kalau Nak Kena Buka Tudung, Cari Orang Lain..” – Zila Bakarin

Pelakon senior, Zila Bakarin mendedahkan bahawa dia pernah disoal sama ada sanggup membuka hijab jika dikehendaki untuk berbuat demikian untuk berlakon.

Zila BakarinSumber : Instagram Zila Bakarin  

Menurut Zila, perkara tersebut berbangkit apabila ada beberapa pelakon bertudung bersetuju untuk membuka pelitup kepala semata-mata untuk menjayakan watak diberikan kepada mereka.

Advertisement

Dia yang ditemui media menegaskan bahawa dia tidak akan sekali-kali membuka tudung dan meminta kru produksi agar mencari sahaja pelakon lain.

“Jawapan saya, kalau nak kena buka tudung cari orang lain. Saya sendiri pun tak tahu yang situasi ini memang berlaku. Apabila dimaklum dan diajukan solan begitu, baru saya tahu. Tapi sampai ke hari ini saya masih tak tahu siapakah pelakon yang dimaksudkan.”

Tambahnya lagi, dia juga tidak menyedari bahawa perkara seperti itu wujud dalam industri hiburan tempatan pada ketika ini.

Meskipun begitu, bagi Zila, dia tiada hak untuk melebih-lebih dalam memberi pendapat mengenai isu-isu sensitif seperti itu kerana dia sendiri juga masih belajar untuk berubah ke arah yang lebih baik dari segi pemakaian.

“Saya pun tak pandai sangat dan masih belajar. Kalau mereka terbuka untuk menanggalkan tudung ketika berlakon, itu hak mereka. Tapi kalau tanya saya, saya tak mahu dan kalau terpaksa tolak tawaran itu, saya akan tolak dan anggap ia bukan rezeki saya.” – Zila Bakarin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...