“Kalau Nak Kekayaan Dia Takkan Pilih Saya” – Tular Kembali Video Allahyarham Suhaimi Saad Imbau Momen Ina Naim Luah Perasaan Cinta

Hiburan

“Kalau Nak Kekayaan Dia Takkan Pilih Saya” – Tular Kembali Video Allahyarham Suhaimi Saad Imbau Momen Ina Naim Luah Perasaan Cinta

Industri muzik nasyid baru-baru ini dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang penyanyi daripada kumpulan In-Team, Suhaimi Saad yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Tular baru-baru ini mengenai satu video memaparkan Suhaimi berkongsi momen-momen ketika isterinya, Ina Naim ada meluahkan perasaan masing-masing selepas kedua-duanya gagal dalam percintaan sebelum itu.

Advertisement

Kebetulan lepas Ina putus tunang, saya pula putus dengan seorang pelajar universiti. Dah nak kahwin tapi mak dia tak setuju, mak dia tak suka artis.

Ina berterus terang dengan saya, dia kata ‘Ina memang suka dekat abang’. Bukan saya yang melamar Ina, dia yang melamar saya kemudian saya pergi meminang ikut sunnah Nabi S.A.W.

Ujar Suhaimi lagi, isterinya itu adalah seorang yang berani kerana memulakan langkah pertama dan yakin Ina memiliki ciri-ciri wanita solehah.

Dia bukan seorang perempuan materialistik, dia tak pandang harta, dia memang betul ikhlas sebab tu dia berani tanya saya.

Saya nampak dia pakai stokin maknanya dia sanggup berubah. Daripada pakai seluar jeans tukar pakai kain, daripada pakai tudung singkat tukar pakai tudung labuh.

Arwah juga sempat menitipkan nasihat agar kaum wanita untuk tidak malu memulakan langkah jika pasangan yang diingini memiliki akhlak yang baik kerana Saiyiditina Khadijah pernah melakukan demikian terhadap Rasulullah S.A.W.

InaSumber : Google  

Sekadar info, Allahyarham Suhaimi Saad telah mendirikan rumah tangga bersama Ina pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Individu Biadap Teruk Dikecam, Persoal Arwah Suhaimi Saad Enggan Terima Vaksin - "Apa Hukum Ya? Tolak Vaksin Lepas Tu Ajal Sampai Awal"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...