August 7th, 2020

Beberapa hari lepas, pelakon Dayana Roza telah berkongsi berita mengenai pertunangan dengan seorang ahli perniagaan iaitu A’dale Adham.

Bahkan pasangan itu sudah pun mengenali satu sama lain sejak 6 tahun lalu apabila diperkenalkan oleh rakan mereka. Meskipun pernah dilamar 4 tahun lepas oleh A’dale namun Dayana menolak tetapi siapa sangka mereka tetap berjodohan akhirnya.

dayana roza dan a'dale adham

Menurut A’dale, bakal isterinya itu merupakan wanita yang cukup sempurna di matanya.

“Orang kata, kalau ibarat kereta tu, memang ikut spesifikasi yang saya mahukan. Cuma, bunyi tu yang saya kena tukar sikit.”

Malah, A’dele turut berkongsi bahawa dia memilih Dayana sebagai calon isteri mengikut pesanan arwah neneknya dahulu.

“Arwah nenek pernah cakap nak cari calon isteri, pilih berkulit putih. Jadi, Dayana memang dalam kategori putih, cuma sekarang gelap sedikit.”

Bukan itu sahaja, jelas ahli perniagaan itu lagi, dalam kebanyakan perhubungannya sebelum ini, Dayana sahaja yang tahan dengan hobi lasaknya seperti memancing dan berlayar.

dayana roza dan a'dale adham

Menurut pelakon wanita itu pula, mereka merupakan rakan rapat dan sering lepak bersama. Namun begitu, lelaki yang sering menyakat dan bergaduh dengannya itulah yang merupakan jodohnya. Untung!

“Saya sukakan A’dale kerana dia pandai mengambil hati ibu sepanjang kami berkawan.”

Seronok betul bila dah jumpa pasangan idaman masing-masing! Semoga urusan perkahwinan yang bakal berlangsung Disember ini berlangsung dengan lancar.

Sumber: Gempak & Berita Harian


10 responses to ““Kalau Nak Cari Isteri, Cari Yang Putih” – Tunang Dayana Roza Ikut Pesanan Arwah Nenek”

  1. Anonymous says:

    Tak selamanya putih nak oiii, lama2 hitam jugak.. haish

  2. ryu says:

    i lost braincells reading this.

  3. Kikilala says:

    Abis tu kami yang gelap ni nak dibuat apa? Kain alas kaki??? Putih tak menjamin bahagia bro. Statement kemain lagi. Huhu…

  4. jenab says:

    setuju sangat

  5. Anonymous says:

    boleh tak kalau tak payah keluarkan artikel yang berbunyi bangang?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...