Sudah sebulan mengikat tali pertunangan bersama cinta hatinya, Aidil Aziz, pelakon jelita Fasha Sandha kelihatan sangat bahagia sekali.
Pertama kali bertunang, Fasha akui ia adalah pengalaman paling indah dan membahagiakan buatnya dan setakat ini melalui fasa tersebut dengan baik sekali. Kalau boleh, Fasha ingin bertunang selama tiga tahun.
Namun, rata-rata peminat meminta agar pasangan merpati dua sejoli ini untuk mendirikan rumah tangga secepatnya dan tidak perlu tunggu lama-lama kalau sudah begitu serasi dan saling mencintai.
Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu dalam sebuah majlis tertutup. Terdahulu, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 27 April 2012 . Mereka kemudiannya bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.