“Kalau Nak Berprasangka Buruk, Biarkan Sahaja” – Ruhainies Tidak Peduli Akan Tanggapan Netizen

Hiburan

“Kalau Nak Berprasangka Buruk, Biarkan Sahaja” – Ruhainies Tidak Peduli Akan Tanggapan Netizen

Pelakon sensasi, Ruhainies tidak peduli sekiranya dia dilabel sebagai penunggang agama oleh segelintir individu hanya kerana berkongsi amalan berselawat 1,000 kali selama 40 hari.

Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas akui bersyukur kerana dikelilingi oleh individu yang positif mahu menyertai misi yang dilakukannya sekali gus meneruskan sebagai rutin walaupun tempoh 40 hari itu sudah tamat.

Advertisement

Ruhainies

Kalau nak berprasangka buruk biarkan sahaja, saya cuma mahu kongsi amalan baik dan alhamdulillah saya dapat banyak DM (mesej langsung) yang mahu sertai misi berselawat ini bersama-sama dan ada juga baru nak mula.

 

Apabila kita jadikan berselawat sebagai rutin, rasa hari tak lengkap kalau tertinggal jadi saya teruskan sahaja sampai sekarang sebab ibu pun sarankan saya buat kerana bukan sekadar dapat pahala malah mampu memberikan ketenangan.

ruhainies

Pelakon itu memberitahu bahawa dia sentiasa membawa alat zikir digitalnya ke mana-mana yang dikatakan sebagai teman akrabnya sekarang.

Memetik dari Kosmo, Ruhainies turut memberitahu dia menghadiri kelas agama sebagai inisiatif namun buat masa ini dia hanya mengikuti kelas ilmu secara atas talian.

Saya ada sertai kelas agama tetapi secara atas talian. Bukan tak nak sertai majlis ilmu sebab ada juga kawan pelawa tetapi saya tak mahu kerana lebih selesa menjaga privasi.

Sebelum ini, Ruhainies berkongsi dirinya kini sedang fokus dengan misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.

4 weeks ago

"Saya Dah Hari Ke-34, Doakan Saya" - Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai, Ruhainies Akui Rasai Perubahan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...