Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kalau Nak Anak Lagi, Saya Mahu Beg Tangan Baru – Che Ta

Impian pelakon Zain Saidin untuk menambah cahaya mata bersama pelakon Rozita Che Wan mungkin tercapai sekiranya beliau sanggup untuk memenuhi setiap permintaan Che Ta seperti membelikan isterinya itu beg tangan baru dan pelbagai lagi.

Advertisement

Pada masa yang sama, Che Ta sebenarnya  bersyukur jika beliau diberikan peluang untuk hamil lagi meskipun sudah mencecah usia 40 an.

Saya sudah tua untuk hamil lagi. Bagaimanapun, kalau ada rezeki, mengapa tidak. Bulan depan saya dan Zain serta Aaisyah Dhia Rana akan mengerjakan umrah. Saya berdoa agar hasrat untuk hamil akan diperkenankan Tuhan. Kalau Zain mahu saya hamil lagi, dia kena bersedia dengan banyak permintaan saya seperti beg tangan baharu dan sebagainya.

Terdahulu, Zain memberitahu beliau tidak berputus asa untuk memujuk Che Ta untuk hamil lagi meskipun Che Ta beberapa kali menolak.  Zain berharap kunjungan mereka sekeluarga ke Tanah Suci Mekah dapat membuka pintu hati Che Ta untuk menimang cahaya mata kedua bersamanya.

Advertisement

Pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua tahun. Rozita juga mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 21, dan Aniq Ezzra, 19, hasil perkahwinan pertama beliau.

InshaAllah, kalau ada rezeki Zain dan Che Ta pasti akan dapat menambah anak lagi. Teruskan berusaha dan berdoa.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top