Impian pelakon Zain Saidin untuk menambah cahaya mata bersama pelakon Rozita Che Wan mungkin tercapai sekiranya beliau sanggup untuk memenuhi setiap permintaan Che Ta seperti membelikan isterinya itu beg tangan baru dan pelbagai lagi.
Pada masa yang sama, Che Ta sebenarnya bersyukur jika beliau diberikan peluang untuk hamil lagi meskipun sudah mencecah usia 40 an.
Saya sudah tua untuk hamil lagi. Bagaimanapun, kalau ada rezeki, mengapa tidak. Bulan depan saya dan Zain serta Aaisyah Dhia Rana akan mengerjakan umrah. Saya berdoa agar hasrat untuk hamil akan diperkenankan Tuhan. Kalau Zain mahu saya hamil lagi, dia kena bersedia dengan banyak permintaan saya seperti beg tangan baharu dan sebagainya.
Terdahulu, Zain memberitahu beliau tidak berputus asa untuk memujuk Che Ta untuk hamil lagi meskipun Che Ta beberapa kali menolak. Zain berharap kunjungan mereka sekeluarga ke Tanah Suci Mekah dapat membuka pintu hati Che Ta untuk menimang cahaya mata kedua bersamanya.
Pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua tahun. Rozita juga mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 21, dan Aniq Ezzra, 19, hasil perkahwinan pertama beliau.
InshaAllah, kalau ada rezeki Zain dan Che Ta pasti akan dapat menambah anak lagi. Teruskan berusaha dan berdoa.