“Kalau Nabi Ikut Kanan, Tok Guru Ikut Kiri, Nescaya Ambo Ikut Jalan Tok Guru” – Ustaz Muhaizad Buat Hal Lagi?

Berita

“Kalau Nabi Ikut Kanan, Tok Guru Ikut Kiri, Nescaya Ambo Ikut Jalan Tok Guru” – Ustaz  Muhaizad Buat Hal Lagi?

Jika diikutkan, sudah beberapa kali teguran terbuka dibuat oleh para asatizah terhadap Ustaz Muhaizad kerana dianggap telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan menyeleweng agama Islam menerusi ceramahnya.

Tular di media sosial Twitter baru-baru ini apabila sebuah video yang memaparkan dia telah mengeluarkan kenyataan  enggan mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad S.A.W.

Advertisement

Sebelum ini, Ustaz Muhammad Fahmi telah memberikan teguran secara terbuka kepada Ustaz Muhaizad menerusi Twitter dan menyuruhnya untuk lebih berhati-hati apabila bercakap.

Antara bait-bait kata Muhaizad adalah;

Kalau Rasullulah ikut jalan kanan, tok guru ambo ikut jalan kiri, nescaya ambo akan ikut jalan tok guru ambo daripada jalan Rasulullah.

Jelasnya, kenyataan yang dikeluarkan Muhaizad adalah sangat berbahaya kerana ramai tok guru agama palsu yang gembira dengan kenyataan tersebut dan ianya memberi gambaran kepada orang awam bahawa tiada masalah jika kita tidak ikut jalan Rasulullah S.A.W, sebaliknya boleh mengikuti ajaran tok guru agama walaupun bertentangan dengan ajaran nabi.

Ustaz Fahmi juga menzahirkan harapan agar pihak berkuasa agama dapat mengambil tindakan tegas terhadap ustaz-ustaz jadian yang sudah berkali-kali menyampaikan ajaran yang berselisih dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jammaah di negara ini.

Cuci Kuil
2 years ago

Hukum Umat Islam Bersihkan Rumah Ibadat Agama Lain, Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...