Jika diikutkan, sudah beberapa kali teguran terbuka dibuat oleh para asatizah terhadap Ustaz Muhaizad kerana dianggap telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan menyeleweng agama Islam menerusi ceramahnya.
Tular di media sosial Twitter baru-baru ini apabila sebuah video yang memaparkan dia telah mengeluarkan kenyataan enggan mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad S.A.W.
1- Sekali lagi saudara Muhaizad al-Yamani mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta menyeleweng.
2- Dakwanya “kalau Rasulullah ikut jalan kanan, tok guru ambo ikut jalan kiri, nescaya ambo akan ikut jalan tok guru ambo daripada jalan Rasulullah”.
— Muhammad Fahmi (@fahmirusliMFR) February 8, 2022
Sebelum ini, Ustaz Muhammad Fahmi telah memberikan teguran secara terbuka kepada Ustaz Muhaizad menerusi Twitter dan menyuruhnya untuk lebih berhati-hati apabila bercakap.
Antara bait-bait kata Muhaizad adalah;
Kalau Rasullulah ikut jalan kanan, tok guru ambo ikut jalan kiri, nescaya ambo akan ikut jalan tok guru ambo daripada jalan Rasulullah.
Jelasnya, kenyataan yang dikeluarkan Muhaizad adalah sangat berbahaya kerana ramai tok guru agama palsu yang gembira dengan kenyataan tersebut dan ianya memberi gambaran kepada orang awam bahawa tiada masalah jika kita tidak ikut jalan Rasulullah S.A.W, sebaliknya boleh mengikuti ajaran tok guru agama walaupun bertentangan dengan ajaran nabi.
Ustaz Fahmi juga menzahirkan harapan agar pihak berkuasa agama dapat mengambil tindakan tegas terhadap ustaz-ustaz jadian yang sudah berkali-kali menyampaikan ajaran yang berselisih dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jammaah di negara ini.