“Kalau Miskin Jangan Belanja Macam Orang Kaya” – Wanita Dikecam Lepas Mengadu Harga Barang ‘Keperluan’ Lebih RM500

Gaya Hidup

“Kalau Miskin Jangan Belanja Macam Orang Kaya” – Wanita Dikecam Lepas Mengadu Harga Barang ‘Keperluan’ Lebih RM500

Isu kos sara hidup dan harga barang yang tinggi masih menjadi topik bualan di media sosial dalam kalangan rakyat kerana ia seperti tiada perubahan.

Dengan adanya platform media sosial jugalah rakyat berkongsi tentang pengalaman mereka berbelanja termasuklah perbandingan harga barang di pasar raya untuk kebaikan bersama.

Advertisement

Rafizi
2 years ago

"Harga Barang Apa Yang Turun?"- Kenyataan Rafizi Tak Berasas, Peniaga Makanan Enggan Turunkan Harga Jualan? #SembangNara

Namun, perkongsian seorang individu bernama Farahin tentang harga barang yang mahal baru-baru ini meraih perhatian dan mengundang kritikan ramai.

Gambar barangan keperluan isi rumah yang dibeli oleh individu itu dimuat naik oleh orang lain di Twitter dan ia mempamerkan beberapa barang seperti sabun pencuci baju, tisu dapur, kicap, sabun pencuci pinggan dan banyak lagi.

Belian dia ini je dah cecah RM500++.”

Bagaimanapun, ia mencuri perhatian netizen yang mengkritik pilihan jenama barang yang dibeli serta ada juga beberapa item yang jatuh di dalam kategori ‘bukan keperluan’.

Kata mereka, boleh saja dia memilih sabun pencuci baju dan pinggan yang lebih murah. Kicap juga banyak jenama lain yang boleh jadi pilihan selain yang dibelinya itu.

Hidup memang la keras tapi berbelanja pun kena pakai otak bukan kepala lutut. Kena beza mana keperluan mana kemahuan.”

komen6 komen7 komen8

Dalam pada itu, ramai turut menyentuh tentang beberapa barang yang dikatakan tidak diperlukan jika seseorang itu benar-benar mahu berjimat.

Antaranya adalah tisu dapur dan pewangi rumah di mana secara alternatifnya dia boleh menggunakan kain buruk dan ikut tips mewangikan ruang dengan bahan semulajadi.

Sesetengah individu berkongsi tips dan jenama yang lebih murah untuk rujukan orang lain yang mahu membeli barangan keperluan.

komen1 komen2 komen4 komen5

komen3

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...