“Kalau Marissa Ada Anak, Muka Anak Awak Biasa Je” – Netizen Kesal Baca Komen Di Live Umisya

Trending

“Kalau Marissa Ada Anak, Muka Anak Awak Biasa Je” – Netizen Kesal Baca Komen Di Live Umisya

Seorang pengguna Threads baru-baru ini mencuri tumpuan selepas meluahkan rasa kecewa terhadap komen jahat yang ditulis semasa sesi live pelakon dan pempengaruh Umisya Mazlan.

Komen tersebut menyentuh tentang anak Umisya, Marissa Dania, yang dianggap melampau oleh warganet.

Advertisement

umisya anak

Komen berkenaan berbunyi,

Kalau Marissa dah ada anak, muka anak awak haya tu biasa je nok.

Komen tersebut dilihat sebagai satu serangan peribadi terhadap Marissa Dania, anak kepada Umisya. Warganet yang membaca komen itu segera mengkritik individu berkenaan dan menggesa agar tidak melibatkan anak orang dalam percakapan yang menghina.

Seorang pengguna Threads menulis, “Tadi ada fake account komen pasal anak Umisya, sumpah jahat siak. Tak payah kot libatkan anak orang.”

anak umisya

Rata-rata netizen bersetuju bahawa komen tersebut terlalu melampau dan tidak sepatutnya diucapkan tentang anak orang lain, terutamanya ketika ia berkaitan dengan penampilan fizikal.

umisya aslam
2025-09-06 16:05:06

Pelbagai Spekulasi, Umisya Tampil Pertahan Diri - "Cukup Lah Selama Ini Saya Telan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...