“Kalau Mampu Myvi Je, Janganlah Pakai Toyota Vios” – Ramai Penjawat Awam Bankrap Sebab Nak Menunjuk-Nunjuk

Gaya Hidup

“Kalau Mampu Myvi Je, Janganlah Pakai Toyota Vios” –  Ramai Penjawat Awam Bankrap Sebab Nak Menunjuk-Nunjuk

Kerana desakan untuk menunjuk status sosial merupakan antara punca ramai penjawat awam semua peringkat membuat pinjaman kewangan berlebihan.

Akibatnya, ramai kakitangan awam yang diisytihar bankrap, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Advertisement

Ketua Setiausaha Negara

Katanya, terdapat kakitangan awam yang dianugerahkan kemahiran menguruskan berjuta ringgit wang kerajaan namun hakikatnya individu itu tidak mampu menguruskan wang sendiri sehingga terpaksa membuat pinjaman.

Kakitangan awam perlu berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Kita sepatutnya hidup atas kemampuan kita, kalau kita mampu pakai telefon bimbit jenama Xiaomi, jangan cuba pakai iPhone.

 

Terdapat kakitangan awam yang suka bermewah dari segi penampilan, sebagai contoh sekiranya mereka mampu memiliki kereta Perodua Myvi, janganlah cuba pakai Toyota Vios.

Toyota Vios

Tambahnya, arahan telah dikeluarkan kepada ketua jabatan menyatakan kakitangan yang berhadapan masalah kewangan perlu dihantar untuk mendapatkan khidmat kaunseling dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk M Bakri Abd Majid menyarankan agar golongan pekerja muda terutamanya graduan baru masuk alam pekerjaan supaya disekat daripada memiliki kad kredit kerana menjadi antara punca ramai terjerat dengan masalah kewangan serius.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ramai penjawat awam bankrap
6 months ago

10 Hingga 30 Peratus Penjawat Awam Bankrap, Ada Yang Mohon Untuk Membangkrapkan Diri Sebab Terlalu Banyak Hutang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...