Personaliti media sosial dan juga pengacara TV terkenal, Fedtri Yahya sememangnya dikenali dengan perkongsiannya yang menyentuh jiwa mengenai kisah hidup masyarakat di Twitter miliknya.
Baru-baru ini, sebuah hantaran mengenai seorang individu yang bertanyakan mengenai ‘perasaan’ anak tunggal di luar sana kerana dia bercadang untuk memiliki seorang anak sahaja setelah berkahwin nanti.
Pertanyaan itu kemudiannya diulang siar oleh Fedtri di Twitter dan sekaligus mengundang respon yang pelbagai dari warga maya.
Pernah bawak kawan balik kampung sebab dia anak tunggal & yatim piatu. Dia rimas ? sebab budak2 jerit, meriah sana- sini..
— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) March 12, 2022
Maka, ramailah anak-anak tunggal di luar sana berkongsikan pengalaman mereka hidup keseorangan tanpa ditemani dengan kehadiran adik beradik yang lain.
Antara komen yang diberikan adalah seperti anak tunggal ini kebanyakannya tidak ramai kawan, terlalu berdikari, sering dibuli dan tidak gemar berkongsi barang peribadi dengan orang lain.
Dalam pada itu, ada juga yang menasihatkan ibu bapa di luar sana yang mampu dan berpeluang untuk melahirkan zuriat yang ramai agar anak mereka tidak keseorangan di hari tua kelak.
Namun begitu, jika rezeki dan takdir tertulis pasangan suami isteri itu hanya memiliki seorang anak, tidak perlu bersedih kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya!