Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri telah berkongsi momen saat dia dan keluarga bersalaman dengan isterinya, Datin Seri Shahida sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Video itu memaparkan mereka sekeluarga bersalaman dan ketika di lapangan terbang, Shahida dilihat memberi pesanan kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Menerusi TikTok, Aliff memaklumkan dia tidak berkesempatan untuk menunaikan umrah bersama isteri dan anak perempuannya, Qadejah El Zahra kerana mempunyai urusan kerja.
Korang, doakan isteri papa selamat menunaikan umrah dan selamat pulang ke tanah air.
Dalam pada itu, pesanan Shahida kepada Ammar Ahyan ketika di lapangan terbang telah mencuri tumpuan ramai kerana kata-kata diberikan mengundang sebak.
Shahida berpesan agar anak sulungnya itu menjaga adik-adiknya dengan baik sekiranya dia ditakdirkan tidak pulang kembali.
Kalau mama tak balik, jaga adik-adik tau.
@papalarisofficial Korang, doakan wife Papa @Nur Shahida Mohd Rashid selamat menunaikan umrah dan selamat pulang ke tanah air . Yang specialnya,Wife Papa ditemani Mak Mertua papa , cess dan Abang Ipar Papa. Papa tak dapat join sebabnya papa perlu handle kerja untuk kilang baru. Doaoan urusan kami sekeluarga dipermudahkan ya 🤲 #i ♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman
Ramai netizen akui sebak dan tersentuh dengan pesanan Shahida yang ringkas namun memberi makna yang begitu mendalam.