“Kalau Mama Masih Ada Lagi, Mesti Nabila Lagi Cantik”

Trending

“Kalau Mama Masih Ada Lagi, Mesti Nabila Lagi Cantik”

Sebak baca status ringkas yang dimuat naik seorang bapa tunggal ini. Di kala anak-anak yang lain dihantar ke sekolah dengan seragam sekolah yang kemas dan teratur, murid perempuan ini pula dalam keadaan tudungnya yang tidak betul.

Advertisement

Status Zubayry Abady yang dimuat naik itu benar-benar mengusik hati ramai netizen.

“Maaflah Nabila, abah tak reti pakaikan kau tudung. Senget benget. Kalau mama ada, mesti Nabila lagi cantik. Apa-apa pun, selamat menuntut ilmu. Esok kita cuba lagi pakai tudung ye.

“Jadi, buat suami-suami dan bapa-bapa di luar sana, jangan komplen kalau isteri atau anak-anak kita lewat bersiap. Memang susah nak adjust tudung ini sebenarnya,” katanya.

Ramai netizen yang melahirkan rasa simpati dan tidak kurang juga memberikan tunjuk ajar kepada Zubaydy bagaimana memakai tudung pada anaknya itu.

Ada segelintir netizen bertanya di manakah ibu Nabila, namun Zubayry hanya mampu memberikan jawapan berikut:

“Mama Nabila sedang berkasih sayang dengan Allah di syurga…”

Rasa sebak di hati bila terkenang akan nasib Nabila yang kehilangan ibunya dalam usia kecil sebegini. Semoga Zubayry dan anaknya sentiasa dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup dan berjaya dalam kehidupan di dunia serta akhirat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. wawa

    January 5, 2017 at 10:36 am

    aku rase budak camane buruk pakai tudung pon cantik
    dlm nakal dia kita geram camne pon kita akan rase sayu
    lau betul si johan gelak2kan sbb aku x dgr
    smga Allah bg hidayah Nya jelah
    sebab hidayah Allah ni nk dtg byk cara
    mana tau hidayah cara ‘kasar’ ker
    huhuhu..

  2. abadies

    January 5, 2017 at 8:53 am

    geram segmen Johara pagi ERA semalam yang persenda & gelak-gelakkan cara pakai tudung adik Nabila yang senget.. x sensitif langsung! aku rase nak tumbuk je si Johan