Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kalau Mak Tegur Kri Delete, Wardina Tegur Kri Siap Post Komennya”, Netizen Sebak Baca Komen Ibu Aliff Syukri

Selepas mengeluarkan video klip “Bobo Di Mana” yang menampilkan Sajat dan Lucinta, Datuk Aliff Syukri teruk dihentam oleh para netizen. Banyak teguran yang telah dihantar oleh mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan usahawan jutawan ini, namun komen daripada ibu Aliff Syukri yang paling mencuri perhatian. Untuk anda yang tidak tahu, ibu Aliff Syukri adalah Rozita Ibrahim yang merupakan pengasas produk Sendayu Tinggi.

rozita ibrahimn

Advertisement

Sangat-sangat menyayat hati apabila ibu Aliff Syukri meluahkan isi hatinya kepada “Kri”, yang merupakan panggilannya kepada Aliff Syukri. Sedikit sebanyak tersentuh juga hati seorang ibu apabila komennya dipadamkan sedangkan komen daripada selebriti lain siap di’post’ semula oleh Aliff Syukri.

rozita ibrahimn

Tulis Rozita:-

Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik. Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka Allah. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya.

Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita. Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku

aliff syukri

Sebagai seorang anak, Aliff Syukri sepatutnya mengambil berat nasihat dan pesanan daripada ibu tercinta, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perkara sensitif sebegini. Pelik juga kenapa usahawan sehebat dan sekaya Aliff Syukri ingin membabitkan diri dengan pihak yang diragui jantinanya. Seelok-eloknya elakkan diri dan jauhkan daripada golongan sebegini. Nak popular ada cara lain. Tak perlu terhegeh-hegeh nak berjoget dengan geng-geng pelik ini. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 Comments

  1. fit

    August 27, 2018 at 10:10 am

    klau x bkawan ngn sajat & luna pun, memang dato ni jenis tkinja kinja. tngok la ank sape.. mak nya pun dlm ig tkinja-kinja. “bang aji.. bang aji”.. ok bye

  2. Anyone

    August 24, 2018 at 1:31 pm

    Sy mcm pernah tgk mereka berdoa Kat Tuhan semoga lagunya popular disukai org. Tapi semua berdoa pegang tangan Kiri kanan. Lagu berunsur lucah tapi berdoa mntak pertolongan Tuhan, DOA pun bukan Cara Islam berdoa. Nauzubillah. Harap Dato jauhi org2 mcm ni. Takut rezeki yg dpt tu rezeki istidraj. Sy selalu doakan Dato dimurahkan rezeki Dan dipelihara Allah Dr org2 jahat Dan yg ingin memgambil kesempatan. Dato juga kena mainkan peranan jugak sbgai hamba Allah .. Jgn melampau dlm mencari rezeki smpi tolak tepi hukum halal haram.

  3. yatie

    August 24, 2018 at 11:54 am

    kalau insan bernama ibu dah tegur.maknanya jaga-jagalah bukan sahaja Allah swt murka, keberkatan ibu pun tidak diperolehi sekiranya tidak mendengar cakap ibu sendiri. Ingat kembali kisah Nabi Luth, sesungguhnya golongan ini amat dimurkai oleh Allah swt. Semoga diberikan Hidayah sebelum terlambat.Wallahualam.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama