“Kalau Majlis Kahwin Pun Allah Tak Reda…” – Individu Tegur Majlis Perkahwinan Selebriti Terlalu ‘Westernize’, Ikut Budaya Barat

Kehidupan

“Kalau Majlis Kahwin Pun Allah Tak Reda…” – Individu Tegur Majlis Perkahwinan Selebriti Terlalu ‘Westernize’, Ikut Budaya Barat

Seorang individu meluahkan rasa kecewa terhadap trend majlis perkahwinan masyarakat Islam hari ini yang disifatkan lebih cenderung kepada mengundang kemurkaan Allah berbanding meraih keredaan-Nya.

Menerusi sebuah video di TikTok, individu tersebut tampil menyuarakan kegusaran apabila melihat semakin banyak majlis perkahwinan yang diadakan meniru budaya Barat dan jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Advertisement

Menurutnya, terdapat suami atau bakal suami yang gagal memainkan peranan sebagai pelindung apabila membiarkan isteri mereka berpakaian ketat dan dipertontonkan kepada khalayak.

Hari ini kalau kita tengok, kita sudah jauh daripada kehidupan Nabi Muhammad SAW. Perkahwinan adalah salah satu cara untuk mendapat reda Allah.

Tapi kalau kita tengok selebriti, perkahwinan mereka seperti orang kafir.Betapa jahilnya suami atau bakal suami yang mempertontonkan pasangan mereka kepada umum. Ini bukan cara Islam.

perkahwinan islam ikut cara barat

Hari ini majlis perkahwinan seperti orang kafir.Cara orang Islam, kita tiada pun pelamin. Tidak memperdagangkan isteri untuk dilihat umum.Kalau majlis kahwin kita pun Allah tak reda, macam mana kita nak dapatkan keredaan Allah dalam kehidupan kita?”

Beliau turut mengajak umat Islam mendalami ilmu agama dan kembali kepada kehidupan yang berlandaskan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dan turut bersedih melihat realiti hari ini di mana majlis yang sepatutnya penuh barakah menjadi medan maksiat secara terang-terangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kumpulan punk mahukan keadilan skindhead
60 mins ago

Kes Vokalis Dip*kul Gara-Gara Tak Cium Tangan , Kumpulan Punk Ini Hanya Mahu Keadilan - "7 Orang Tua Botak Pengec*t"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...