Setelah program realiti Famili Duo musim ketiga mula ditayangkan pada Ahad lalu, warganet telah digemparkan apabila salah seorang juri tetap program tersebut, Mas Idayu memilih untuk menukar karakternya menjadi lebih lemah lembut.
Seperti yang ramai tahu, penyanyi yang mula berkecimpung dalam industri seni sejak 1990-an ini adalah seorang yang tegas dah lantang memberi kritik apabila dijemput untuk menjadi juri. Tidak mahu mengulangi kesilapan dikecam pada musim lalu, penyanyi ini cuba tak terlalu kasar ketika melakukan tugas penjurian.
Saya cuba jadi lemah lembut sebab semua peserta ni adik-adik saya. Saya tak nak jadi seperti tahun lalu. Sampai ada yang menangis.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, penyanyi lagu 100% Cintaku itu tidak lupa mengingatkan jika para peserta masih tiada peningkatan atau tidak serius dalam bertanding, kemungkinan besar Mas Idayu akan kembali menjadi dirinya yang dahulu.
Kalau mereka main-main, mungkin saya akan jadi diri saya balik. Hilang juga sabar kalau tak betul.
View this post on Instagram
Katanya lagi, jangan fikir diri mereka dah cukup bagus. Kerana kalau tidak boleh terima kiritan, baik duduk diam buat persembahan bila ada yang panggil sahaja.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.