“Kalau Mahu ‘Buat Duit’, Jangan Jadi Guru” – Menteri Agama Indonesia Teruk Dihentam Rakyat, Keluar Kenyataan Kontroversi

Trending

“Kalau Mahu ‘Buat Duit’, Jangan Jadi Guru” – Menteri Agama Indonesia Teruk Dihentam Rakyat, Keluar Kenyataan Kontroversi

Kenyataan diberikan seorang menteri di negara jiran telah bikin panas dan mencetuskan kontroversi selepas beliau menyuruh para guru di Indonesia menjadi peniaga pula.

Menurut laporan, Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Nasaruddin Umar telah menerima kecaman ramai Apabila beliau berucap tentang peranan seorang guru adalah untuk mendidik manusia dan bukan untuk mendapat wang semata-mata.

Advertisement

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram @kompascom, Nasaruddin telah mencetuskan kemarahan ramai rakyat Indonesia ketika ini.

Jangan ikut peniaga, tujuan mereka adalah cari duit. Guru pula memiliki matlamat yang mulia, bagaimana mendidik anak orang. Mahu buat duit jangan jadi guru, jadi peniaga lah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kompas.com (@kompascom)

Selepas teruk dihentam oleh rakyat di media sosial. Nasaruddin dilaporkan telah tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa pendidik itu merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia.

“Wakil rakyat dan Menteri itu mulia pak, tak perlu digaji ya. Masuk syurga pertama, dijamin,” perli seorang individu.

netizen Indo kecam menteri netizen Indo kecam menteri

Nasaruddin juga menegaskan beliau tidak berniat untuk merendahkan karier guru atau menyinggung perasaan warga pendidik yang mengajar di negara yang sedang bergolak itu.

rakyat maut ketika rusuhan, Prabowo salahkan perusuh
2025-09-02 17:21:17

"Polis Mungkin Salah Tetapi Kalau Ada Korban, Perusuh Sebenarnya Adalah Punca" - Prabowo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...