Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, usahawan dan pelakon, Neelofa telah berkongsi doa ringkas yang diamalkannya untuk bertemu jodoh.
Dia berkata, sebelum berkahwin dengan Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail, dia sering berdoa dengan harapan bertemu dengan lelaki yang memenuhi ciri-ciri pilihannya.
Namun pelakon itu bertindak menukar doa yang lebih ringkas tetapi mempunyai pengertian yang lebih meluas.
Kalau macam saya dulu, kalau minta jodoh tu nak yang macam ini macam itu (ciri-ciri), tapi akhirnya saya berjumpa dengan Haris.
Saya doa macam ni saja. ‘Ya Allah, berilah aku jodoh yang terbaik disisiMu untuk aku.’ Ringkas, padat tapi konsisten.
@hnhrschl Tips jodoh by Neelofa 🤍 #hatitenangbilajiwakenyang #neelofa #puharis #nunhastore ♬ original sound – hannahrschl
Perkara ini telah dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.
Menerusi video tersebut, seorang wanita meminta tips dan pandangan daripadanya mengenai doa yang boleh diamalkan untuk mendapatkan jodoh.