“Kalau Macam Ni Respon, Bubar Saja Kementerian” – Netizen Pertikai Jawapan MOTAC Isu Daftar ‘Check In’ Hotel Jam 4 Petang

Kehidupan

“Kalau Macam Ni Respon, Bubar Saja Kementerian” – Netizen Pertikai Jawapan MOTAC Isu Daftar ‘Check In’ Hotel Jam  4 Petang

Baru-baru ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tampil membuat kenyataan balas berhubung isu daftar masuk hotel dan inap desa pada pukul 4 petang seperti yang dibangkitkan netizen sebelum ini.

Dalam kenyataan itu, MOTAC menasihatkan orang ramai untuk sentiasa meneliti terlebih dahulu syarat yang ditetapkan pihak hotel sebelum membuat sebarang tempahan.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen hantaran rasmi MOTAC itu, orang ramai dilihat membanjiri ruangan komen dan meluahkan rasa kesal apabila kementerian seakan-akan tidak mengambil peduli akan luahan pengguna.

Tolonglah bertegas. Jangan melepaskan batuk di tangga. Kalau setakat macam ni jawapannya, bubar sahajalah kementerian. Tiada faedah untuk kemaslahatan rakyat Malaysia.

Nampaknya keluhan pelanggan tidak diendahkan kerajaan.

Terdahulu, syarat sesetengah hotel yang menetapkan waktu daftar masuk pada jam 4 petang dan perlu keluar seawal 11 pagi telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

@zafri.halim

Waktu Check In Dan Check Out Hotel Malaysia Semakin Mengarut! #hotelmalaysia #bercuti #checkin #checkout #malaysia #cuticutimalaysia

? original sound – Zafri Halim – Zafri Halim

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Hotel Baje dan Perniagaan Malaysia, Dr Sri Ganesh menjelaskan bahawa pemilik hotel dan inap desa berhak menetapkan masa daftar masuk dan keluar kerana ia tidka termaktub dalam undang-undang perhotelan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

check in hotel
3 months ago

Individu Kesal Dengan Isu 'Check-In' Lambat Tapi 'Check-Out' Awal Di Hotel, Minta Menteri Pelancongan Campur Tangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...