Pelakon veteran, Azhar Sulaiman, berkongsi pandangannya secara jujur mengenai penampilan anak perempuannya, Kasih Iris Leona, yang sering menarik perhatian kerana tidak bertudung.
Dalam hantaran di Instagram Story dan tangkap layar perbualan WhatsApp bersama kru produksi, Azhar menggunakan perbualan tersebut untuk menegur isu agama dengan mengambil Leona sebagai contoh.
Menurutnya, pakaian anaknya sebahagian daripada apa yang dilihat dan dinilai dalam konteks keagamaan.
My daughter akan terus dapat pahala kalau dia mula pakai tudung esok. Kalau terus free hair, maka dia akan terus kumpul dosa.
Azhar menjelaskan seandainya anaknya memilih untuk bertudung, dia yakin bahawa setiap pahala akan bertambah, sementara jika tidak, dosa terus terkumpul.
Katakanlah ditakdirkan lusa dia meninggal dunia, secara logiknya dosa aurat dia akan jadi ringan sikit kalau dia mula bertudung, kan?
Di samping itu, beliau turut menolak pandangan bahawa masa pengakhiran seseorang itu menentukan penilaian dosa dan pahala.
Saya tak setuju dengan ungkapan ‘Tuhan tidak menilai seseorang sekarang tetapi pengakhirannya.
Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.