“Kalau Lelaki Nakal Itu Biasalah..” – Zul Huzaimy Ulas Kemelut Haqiem Stopa, Minta Netizen Henti Pandang Serong Terhadap Mat Rempit

Hiburan

“Kalau Lelaki Nakal Itu Biasalah..” – Zul Huzaimy Ulas Kemelut Haqiem Stopa, Minta Netizen Henti Pandang Serong Terhadap Mat Rempit

Kontroversi rumah tangga pempengaruh motosikal, Haqiem Stopa dan isterinya, Aireena Sofia, bukan sahaja mendapat perhatian ramai, tetapi turut membuatkan segelintir netizen mula memandang serong terhadap komuniti motosikal atau ‘rempit’.

Namun bagi pelakon dan pengasas Spark Malaysia Club, Zul Huzaimy, adalah tidak adil untuk melabel seluruh komuniti itu sebagai lelaki bermasalah hanya kerana isu yang melibatkan satu individu.

Advertisement

Jangan tuduh macam itu… mentang-mentang kami ini mat rempit konon tiada kelas. Budak-budak motor ini hujung minggu saja, tapi mereka ada kerjaya.

Masyarakat jangan jatuhkan hukum macam itu. Kalau saya sebut lebih jahat lagi budak mat rempit ini buat, kami tidaklah macam itu.

Zul berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk Ameera Beauty di Bukit Bintang.

“Saya kenal Haqiem… dia budak yang baik”

Zul yang mengenali Haqiem secara peribadi percaya bahawa kemelut rumah tangga itu mampu diselesaikan oleh pasangan berkenaan tanpa campur tangan luar.

Saya kenal dia, pernah jumpa dan mesej. Kahwin dia pun saya dijemput. Dia budak baik, cuma mungkin sebab cemburu atau salah faham.

Kemelut rumah tangga ini biasa… tiada siapa tidur di antara bantal kau dan isteri. Hanya korang berdua saja tahu. Semoga dapat penyelesaian terbaik.

Mengulas dakwaan bahawa Haqiem sering dikelilingi wanita di acara motosikal, Zul menegaskan itu perkara biasa.

Dia pun kaki bertongkat, kalau nakal lelaki itu biasa. Dikeliling perempuan itu normal, tapi kalau lelaki dikeliling lelaki songsang itu bahaya. Zaman sekarang lelaki kahwin lagi jadi rebutan. Usia 35 ke atas memang kena jaga.

Isu rumah tangga pasangan itu kembali hangat selepas Aireena mendedahkan video pengakuan seorang remaja yang mendakwa tidur sebilik bersama Haqiem. Aireena turut memfailkan permohonan cerai pada 4 November, dan prosiding masih berlangsung di mahkamah.

Zul berharap agar netizen bertenang dan tidak menghukum komuniti motosikal secara pukul rata hanya kerana isu individu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bunga citra lestari
2025-12-08 20:13:33

Muncul Dakwaan Bunga Citra Lestari Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Hantaran Ini Menjawab Segala Teka-Teki...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...