November 8th, 2019

Kalau anda perasan, baru-baru ini pelakon Azar Azmi ada berkongsi videonya sedang menghisap pod. Sikap terbukanya itu walau bagaimanapun mendapat selaran segelintir netizen.

Bagi menjawab persoalan netizen, Azar Azmi telah menjelaskan bahawa perniagaan rokok elektronik yang diusahakannya bukan disebabkan ‘trend’ masa kini.

Jelas Azar perempuan juga mampu untuk melakukan perkara sama seperti lelaki namun ia terpulang kepada individu tersebut.

Semua orang ada cara hidup tersendiri. Bagi saya, perkara ini normal kerana ramai orang yang hisap shisha sama seperti vape.

Kalau lelaki boleh buat, tiada halangan untuk perempuan juga lakukan perkara yang sama.

Dia juga menambah bahawa hal ini terletak pada individu itu sendiri. Selagi ianya tidak melampaui batas seperti menipu, aniaya, mencuri atau pun mencaci.

azar azmi dikecam hisap pod

Tambah pelakon wanita yang mula dikenali menerusi Nur 2 ini, dia tidak dapat menghalang orang luar untuk memberi pendapat tersendiri mengenai isu terbabit.

Masa penggambaran dilakukan memang saya berani mati. Sekali cuba sedap pulak perisa dia. Dah dapat sekali, dia nak dua dan nak lagi.

Komen negatif itu bagus, saya suka baca. Mulut orang kita tidak boleh tutup, percakapan mereka tidak boleh dihalang.

Dari 10 kebaikan, orang lebih nampak 1 keburukan. Apa pun, kaji dan selidik dulu, jangan anggap setiap perbuatan orang tersebut tidak baik.

Pandailah Azar, kalau itu kemahuannya kan? Tapi kalau tak kisah kenapa padam video hisap pod tu?

Sumber: Forum BM Cari


12 responses to ““Kalau Lelaki Boleh, Perempuan Juga Boleh Lakukannya”- Azar Azmi Dikecam Tayang Hisap Vape”

  1. Jimin says:

    Bukan ke vaping ni haram? Betulkan jika aku tersalah dgr.

  2. Gepp says:

    Korang tak payah nak hipokrit sgt. Lelaki vape sebelah mata pun tak pandang, perempuan vape smpai nak tercirit. And yes, prmpuan pun boleh kencing dlm botol. Tapi dlm byk2 benda boleh compare, ko nak compare benda bodoh kencing dlm botol. Otak takde

  3. Anonymous says:

    alah org dulu2 pon byk isap rokok..cuma klau bleh jgnla open sgt. muka cantik jagalah rasa malu tu..apapon sekarang ni nampak terok lagi intan kasi zul ripin dokong2 romen2 off set..

  4. Zlatko says:

    Tapi nenek ko xpernah pun viralkan gambar dia isap rokok…ko paham ke x ni? Zaman skg pempuan suka show off macam2

  5. Anonymous says:

    oklah tu ikut semua lelaki buat tentu awak dipandang hebat.
    lelaki boleh kawin banyak awak boleh berlaki banyak kan. lagi pun negeri sembilan banyak harta perempuannya jadi boleh buat semua.

Loading...