Baru-baru ini, klip video pelakon wanita Almy Nadia melakukan live di TikTok telah mencuri perhatian selepas menceritakan mengenai sikap sebenar suaminya, Fizz Fairuz.
Seperti diketahui ramai, Almy atau nama sebenarnya, Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah sering terima kecaman daripada warganet mengenai bentuk tubuh badannya.
Susulan itu, Almy tampil perjelaskan bahawa suaminya, Fizz Fairuz tidak memberi kebenaran dia menurunkan berat badan.
Dia kata Ma janganlah kurus Ma. Kalau dah kurus nanti awak takde bontot Ma. Kalau kurus, takde bonggol-bonggol nak peluk, nak gigit-gigit.
Bahkan Fizz lebih suka isterinya berbadan gempal kerana masih menyusukan anak-anak dan tidak perlu melakukan diet berlebihan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji sikap Fizz yang tidak kisah dengan bentuk badan isterinya dan bijak dalam membuat keputusan seperti itu.