“Kalau Kurus, Saya Mengandungkan Balik” – Fizz Fairuz Tak Kisah Almy Nadia Dikutuk Gemuk

Hiburan

“Kalau Kurus, Saya Mengandungkan Balik” – Fizz Fairuz Tak Kisah Almy Nadia Dikutuk Gemuk

Sebelum ini, pelakon Datin Almy Nadia menjadi perhatian orang ramai selepas video memaparkan dirinya menaiki motosikal tular di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu dikatakan kelihatan agak berisi sehingga penampilannya itu mengejutkan rata-rata netizen.

Advertisement

Sususlan itu, ramai yang menasihati Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.

Tampil memberi respon, Fizz berkata sebagai suami dia tidak kisah dengan fizikal tubuh badan isterinya walaupun sering dikutuk oleh netizen.

Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tak sebab bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.

Malah, pelakon berusia 43 tahun itu mengakui dia akan tetap menyayangi dan mencintai isterinya dengan sepenuh hati.

Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya terima diri dia yang sekarang. Saya tak kisah sebab saya suka dia gemuk.

Bukan itu sahaja, Fizz turut meluahkan rasa syukur kerana menganggap Almy sebagai seorang isteri yang sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.

Kalau dia kurus, saya tak fikir dia akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Jadi tak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik itu memaklumkan dia juga pernah memberi galakan kepada Almy untuk menurunkan sedikit berat badan dengan cara yang betul dan sihat.

Almy Nadia
2 years ago

"Jaga La Badan Sikit Datin.." - Berat Badan Berbeza Dari Zaman Anak Dara, Peminat 'Risau' Tengok Keadaan Terkini Almy Nadia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...