“Kalau Kita Tahu Apa Yang Seseorang Sedang Alami, Boleh Jadi Kita Tak Sanggup Berada Di Tempat Dia”

Trending

“Kalau Kita Tahu Apa Yang Seseorang Sedang Alami, Boleh Jadi Kita Tak Sanggup Berada Di Tempat Dia”

Pada zaman media sosial ini, macam-macam ragam yang diperhatikan dengan status yang dimuat naik ke media sosial. Entah mengapa, ramai yang gemar membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain, dan memperkecilkan usaha dan kehidupan orang lain, kononnya tak sesusah, sebahagia, dan sebagus mereka.

bujang

Advertisement

Mungkin ia tidak dinyatakan dengan jelas, dan mungkin ia tidak bermaksud begitu, tetapi tanpa sedar anda telah mengguris perasaan orang lain, seperti yang diceritakan wanita bujang ini, yang menegur sikap tidak sensitif wanita-wanita yang sudah berkahwin terhadap wanita bujang.

Assalam & Hai buat warga IIUMC. Aku harap pengakuan aku dapat approval admin untuk diterbitkan. Terima kasih admin.

Aku tak tahu nama samaran apa aku patut letak jadi aku kenalkan diri aku sebagai anak dara tua yang tak kahwin-kahwin lagi hingga ke saat pengakuan ini ditulis. But I’m totally fine with it. I’m happy with my life, I travel a lot, got career, money etc. Aku bukan nak cakap besar tapi aku nak cakap, aku okay aku tak kahwin lagi di kala umur dah nak masuk 35 tahun sebab rezeki aku bukan dekat jodoh tapi dekat benda lain.

Sedikit pon aku tak salahkan takdir sebab aku dah lepas fasa meroyan-royan nak kahwin. Aku dah usaha semuanya untuk dapatkan jodoh.

Ada ustazah cadangkan buat solat malam 40 malam berturut-turut dan doa minta jodoh. Bukan setakat 40 malam. Bertahun aku konsisten amalkan solat malam (kecuali waktu aku uzur) tapi jodoh aku tak jugak sampai.

Ada ustaz cadangkan aku buat 12 rakaat solat hajat 3 malam berturut-turut. InsyaaAllah lepas tu akan diberi petunjuk katanya. Jangan kata 3 malam. Seminggu aku konsisten buat solat hajat 12 rakaat tu. Masih, jangan kata batang hidung, bulu ketiak dia tu pun aku tak nampak.

Aku redha sebab bagi aku itu urusan Allah. Aku hanya mampu berusaha mencari, berdoa dan bertawakal. Kesimpulannya, aku MEMANG OKAY jodoh tak sampai lagi. Dah nama pun andartu, kalau balik kampung, makcik pakcik aku akan bertanya, ‘bila nak kahwin?’, serius, aku MEMANG OKAY saja kalau mereka tanya. Aku akan jawab akhir tahun ni, Insya-Allah.

Dah almost 8 tahun jugak aku guna jawapan yang sama itu. Aku jawab siap senyum-senyum. Serius aku tak terasa hati makcik pakcik atau siapa-siapa yang tanya bila aku nak kahwin. Bagi aku itu hak mereka, dan menjawab soalan ‘bila nak kahwin?’ tu takkan buat maruah aku hilang. Jadi jawab sajalah baik-baik walau kau rasa terganggu.

Tapi yang buat aku sangat tak okay, bila orang kaitkan status bujang andartu aku ni dengan kehidupan mereka. Sebagai contoh, antara ayat-ayat yang boleh buat aku hilang cool:

  1. Untunglah kau boleh berjalan merata-rata. Bujang lagi senanglah. Aku dah kahwin ini susah, banyak kena fikir. Kos tinggi bla bla.
  2. Cemburu kau boleh beli beg Coach ni. Kau bujang lagi tak apalah nak beli apa-apa pun. Aku ini nak beli apa-apa, kena fikir anak and suami.
  3. Senang jadi bujang macam kau kan. Tak payah fikir banyak. Nak balik lewat malam pun tak apa, Macam aku ni susah. Dah jadi mak and isteri ini banyak kena jaga.

Dan banyak lagi yang mengguris gila hati aku. Susah sangat ke nak hentikan ayat ‘bujang tak payah fikir’, ‘bujang itu mudah’ etc? Kalau kau rasa bagus jadi bujang, kenapa kau kahwin? Apa orang bujang ini tak ada tanggungjawab ke?

Ya, kami tak ada anak suami macam kau tapi kami ada mak bapak. Aku nak tanya yang dah kahwin bahagia till jannah yang suka buat ayat-ayat macam kat atas tu, dah berapa juta kamu semua bagi dekat ibu bapa kamu semua? Dah berapa banyak tempat dalam dan luar negara kamu semua bawa ibu bapa kamu semua berjalan?

Dalam setahun berapa ratus kali kamu semua bawa rumah ibu bapa kamu semua? Fikir masak-masak sebelum kamu semua yang dah bahagia ‘till jannah’ ini nak menghakimi perempuan bujang di luar sana. Kamu semua tak tahu apa yang kami dah lalui, apa yang kami dah usaha, apa yang kami dah buat dengan duit-duit kami, dan lain-lain.

Kami takkan muat naik status bahagia selamanya sampai syurga macam kamu semua. Suami bagi coklat pon dah kecoh satu dunia, dll. Kalau aku dan wanita bujang lain di luar sana muat naik status ‘ hari ini aku dah solat malam 20 rakaat untuk jodoh aku jadi harap-harap esok jumpalah’, aku rasa 99.99% warga FB akan kecam kami ni riak takbur bagai.

Kepada wanita yang sudah berkahwin di luar sana, aku tak ada masalah kamu semua dah kahwin dan bahagia sampai syurga dengan jodoh kamu semua sebab bagi aku rezeki kamu semua kahwin awal. Baguslah untuk kamu. Tak adalah hadap masalah seorang diri macam aku.

Tapi tolonglah sebelum nak bercakap tu, bersikap sensitif sedikit terhadap kami. Jangan bandingkan dan cakap kami yang tak kahwin ini lebih untung, tak banyak kena fikir, duit lagi banyak, tak payah fikir anak dan lain-lain. Ia sangat menyakitkan.

Satu lagi yang betul-betul menyakitkan hati saya ialah bila kawan-kawan muat naik status seperti sebab dia jaga solat, berzikir selalu, jadi jodoh awal. Hello? Macam aku ini tak jaga solat ke?Aku tak suka zikir ke? Laki kau tak solat langsung kot tapi boleh pulak umur 24 tahun dah kahwin dengan kau.

Kenapa kamu mesti kaitkan ibadah dengan Allah dan jodoh? Seperti yang aku kata sebelum ini, kamu semua takkan pernah tahu apa yang setiap manusia ni dah buat untuk dapatkan redha Allah. Aku tahu kamu semua tak ada niat nak mengguris tapi cerdik sedikit boleh?

Bila kamu semua dah kahwin, tak bermakna kawan-kawan keliling dah tak wujud dalam hidup kamu semua. Sebab tu ikut sedap saja nak cakap. Jangan ada masalah dengan suami, baru nampak kewujudan kawan-kawan kau. Bila kami yang tak kahwin ni beremosi dengan kata-kata kamu, kamu semua cakap sebab tak kahwin itu yang emosi tak tentu pasal. Dah tu orang yang tak kahwin ini tak ada hati dan perasaan ke?

Thanks admin kalau sudi publish luahan hati aku. Thanks pada readers yang take note pasal luahan aku. Aku tak marah, cuma nak memperingatkan saja kamu semua jangan jadi kurang bijak macam contoh aku sebut tu.

Ada pepatah sebut, kalau kita tau apa yang seseorang tu sedang alami, boleh jadi kita tak sanggup berada kat tempat dia. Jadi hentikan membandingkan kehidupan bujang aku dengan kehidupan berkahwin kamu. Tak kelakar pun. Tak semua yang buat kenyataan bujang lagi mudah tapi masih, aku minta maaf andai ada yang tersinggung. Assalam.

– Unmarried Lady

Pada pendapat penulis, kenyataan-kenyataan tidak sensitif seperti itu dikeluarkan oleh mereka yang insecure. Ia hanya satu wadah untuk merasakan diri mereka ‘lebih’ dari orang lain, sedangkan hakikatnya…faham sajalah.

Sumber: IIUMC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...