Biarpun sering dikecam netizen susulan imej yang dikatakan semakin seksi, pelakon Fasha Sandha sama sekali tidak tergores hati dengan kritikan-kritikan yang diterima.
Kata Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, komen negatif yang dilontarkan oleh netizen sama sekali tidak memberi kesan pada diri sendiri ataupun kerjaya.
Dalam pada itu, aktres tersebut akui masih belum sempurna menutup aurat tetapi dia lebih memilih untuk ikut kehendaknya berbanding menurut pendapat orang lain.
View this post on Instagram
Kalau kita ikut apa yang orang lain suka, kita tidak akan gembira contohnya kita nak berhijab untuk ikut trend, atau tunjuk baik, pada saya itu tidak akan kekal.
Bahkan, yakin bahawa jika dia berhijab atas sebab orang lain, ia hanya akan separuh jalan kerana hati tidak benar-benar ikhlas.
Tambah Fasha, kebanyakkan kecaman yang diterima disebabkan imej pemakaian yang dianggap menjolok mata.