Kalau Kejar Wang Ringgit, Dah Lama Saya Berkahwin – Maria Farida

Hiburan

Kalau Kejar Wang Ringgit, Dah Lama Saya Berkahwin – Maria Farida

Menarik juga membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Maria Farida menerusi suratkhabar Kosmo hari ini. Kesimpulan yang Abang Nara dapat buat ialah, ada Tan Sri yang sudah cuba menjadikan Maria Farida sebagai isterinya. Fuh~~

maria farida

Advertisement

Nasib baiklah Maria Farida bukannya seorang wanita yang mengejar wang ringgit. Walaupun terlepas gelaran Puan Sri, itu bukanlah yang dikejar oleh “hot mom” ini. Kata Maria Farida:-

Tipulah kalau saya kata tidak ada lelaki yang lamar saya. Memang ramai yang melamar tetapi hati tidak berkenan. Kalau saya jenis wanita yang kejar wang ringgit sudah lama saya berkahwin dan sekarang sudah bergelar puan sri agaknya. Bagi saya tidak kisahlah berapa umur lelaki itu, apa yang penting saya harus cintakan dia bukan kekayaannya. Jika tidak, saya lebih rela tidak berkahwin kerana saya boleh cari duit sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.

Walaupun tidak mengejar wang ringgit, namun calon suami Maria Farida haruslah mempunyai ekonomi yang stabil. Abang Nara suka apabila Maria mengakui dirinya suka membeli barangan yang mahal. Sekurang-kurangnya Maria Farida berterus-terang dan tidak cuba menjadi orang lain. Kata Maria lagi:-

Bukanlah saya mahu lelaki yang bergelar jutawan. Memadai lelaki itu mampu menanggung saya dan anak tanpa menyusahkan saya. Memang saya mengaku anak saya mempunyai selera yang tinggi. Saya juga suka membeli-belah barangan yang agak mahal tetapi itu semua hasil usaha saya sendiri. Jika berkahwin, saya harus mengubah cara perbelanjaan saya selama ini, susahlah. Jadi, lelaki itu harus mempunyai ekonomi yang cukup stabil.

Kalau anda rasa ekonomi anda memang sudah stabil dan ada duit lebih yang banyak setiap bulan, apa kata cuba nasib dengan memikat Maria Farida? Mana tau ada jodoh kan? Tapi kalau setiap hujung bulan dah makan Maggi je, tak perlulah tanam cita-cita mengorat Maria Farida. Hehehe.

P.S: Video lebih terperinci mengenai model Mazda3 hatchback yang terbaru.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...