Tular di media sosial Twitter baru-baru ini mengenai pendedahan seorang individu mengenai sebuah karya novel yang didakwa membawa unsur seks melampau dan ‘Child Grooming’.
Dalam hantaran tersebut, individu itu mendakwa novel berjudul Darlingku Mr. Cold Mafia itu ditulis oleh seorang pelajar berumur 23 tahun yang menuntut di sebuah universiti tempatan.
The book and the review I saw on GR.
What kind of madness is this?? Dakwah & kepimpinan kat UKM. Budak FPI ke ni? Again… ? pic.twitter.com/OIw5VKtzNX
— ? hanalovesbooks ? (@hanalovesbooks) December 24, 2022
Individu itu juga menyenaraikan beberapa sedutan tulisan novel itu yang terang-terang menulis mengenai perihal perbuatan rogol dan aksi melampau antara lelaki dan perempuan.
Malah, ia juga turut menjadi tular di Facebook setelah isu didedahkan oleh seorang wanita yang juga bekas editor satu penerbitan buku.
Dia dilihat menyelar tindakan menerbitkan novel itu kerana ia telah diletakkan di rak perpustakaan sekolah selain di gedung-gedung buku terkenal negara.
Gara-gara tular di media sosial, penerbit novel berkenaan, KakiNovel dilihat telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.
Mereka dilihat menafikan elemen ‘child grooming’ di dalam karya tersebut seperti yang didakwa netizen dan mengatakan ayat-ayat tersebut adalah babak ‘flashback’ hero dan heroin ketika kecil.
Sekadar info, novel Darling Mr. Cold Mafia telah dipasarkan sejak pertengahan tahun lalu dan kini netizen menggesa agar pihak yang terlibat dalam penerbitan karya tersebut agar dikenakan tindakan sewajarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.