Semalam, kecoh dengan kes pelakon popular, Zul Ariffin didenda sebanyak RM30,000 kerana mengaku bersalah memuat naik video tidak senonoh di laman Instagramnya.
Ketika ditemubual oleh wartawan, Zul berkata dia enggan memanjangkan cerita serta berkata dirinya seorang saja bersalah, pihak lain yang terlibat semuanya adalah ‘malaikat’.
Susulan statement pelakon terbabit, penerbit drama Perempuan Itu iaitu Erma Fatima mengeluarkan kenyataan ‘tiada siapa malaikat dan tiada siapa syaitan’ kerana merasakan segala yang dilakukan adalah tanggungjawab setiap manusia terhadap karier masing-masing.
Dia yang muat naik dan dia sahaja yang tahu kenapa dia buat begitu dan siapa yang suruh buat begitu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Erma ini telah mendatangkan rasa kurang senang daripada kalangan netizen, dimana mereka rata-ratanya mendakwa penerbit drama terbabit seperti ingin ‘melepaskan diri’ dari dipersalahkan.
Netizen bahkan pertikaikan tindakan Erma mengarah babak tersebut semasa proses pembuatan drama Perempuan Itu. Menurut netizen, jika Erma tidak menyuruh pelakon melakonkan babak tidak senonoh itu, mereka tidak akan buat.
Sebelum ini, tular satu isu apabila Zul Ariffin memuat naik teaser drama Perempuan Itu yang memaparkan dirinya mendukung aktres Siti Hariesa dan hal itu dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum.