Semasa berlakunya bencana banjir besar di Selangor beberapa bulan lalu, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan dirinya ‘turun padang’ sejak hari pertama kejadian berlaku pada 18 Disember 2021.
Menurut Ismail Sabri, beliau membuat keputusan untuk campur tangan dalam hal ini kerana sedar akan situasi banjir kian hari semakin teruk di Selangor.
If you want to say you didn’t see my face during the floods, I was already out in the field on the very first day. On the contrary, I haven’t seen anyone else – MPs or ADUNs – who went out that night. – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/wO12Uu8dDr
— TheVibes.com (@thevibesnews) January 20, 2022
Tambahnya lagi, beliau juga menghubungi Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat dan Ketua Polis Negara bagi menggerakkan anggota dan aset tambahan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari negeri berhampiran ke Selangor bagi membantu pasukan yang sedang giat melaksanakan operasi menyelamat.
Susulan dihubungi oleh dirinya, Panglima Angkatan Tentera mengarahkan Panglima 11 Briged untuk serta-merta arahkan anggota dan aset negeri-negeri lain yang terdekat untuk bantu pasukan sedia ada.
Jadi kalau kata, tak nampak muka saya, hari pertama saya sudah keluar berada di lapangan. Cuma, tak tahulah, rakan lain… mungkin tak nampak ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bekerja waktu itu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia kesembilan ini turut berkata keesokan harinya (19 Dec) dia juga telah melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Klang dan PPS Sekolah Kebangsaan Johan Setia.