Spekulasi mengenai kematian pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid akhirnya terjawab apabila disahkan bahawa dia tidak meninggal dunia seperti yang tular di media sosial semalam.
Terdahulu, orang ramai dikejutkan dengan satu hantaran di akaun TikTok miliknya yang memaparkan gambar hitam putih berserta bacaan surah al-Fatihah, sekali gus mencetuskan pelbagai andaian dan kebimbangan dalam kalangan pengikut.
Bagaimanapun, difahamkan kejadian tersebut berlaku apabila Prince Syed dikatakan tertinggal telefon pintarnya ketika keluar makan. Situasi itu dipercayai diambil kesempatan oleh individu tidak bertanggungjawab yang memuat naik kandungan berkenaan sehingga tersebar luas ke seluruh negara.
Tindakan tersebut mengundang kecaman ramai yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif, lebih-lebih lagi dilakukan pada bulan Ramadan. Ramai netizen meluahkan rasa lega selepas mengetahui Prince Syed berada dalam keadaan selamat, selain mengingatkan agar tidak mudah menyebarkan maklumat yang belum disahkan.
Muat Naik Video Hitam Putih Berserta Surah Al-Fatihah, Prince Syed Shahid Meninggal Dunia?
Insiden ini sekali lagi menjadi peringatan kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati serta beretika dalam menggunakan media sosial, terutamanya melibatkan perkara sensitif seperti berita kematian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
