“Kalau Karier Menjunam Sekalipun” – Siti Nurhaliza Cerita Fasa Sukar Semasa Ingin Berkahwin

Hiburan

“Kalau Karier Menjunam Sekalipun” – Siti Nurhaliza Cerita Fasa Sukar Semasa Ingin Berkahwin

Menurut Biduanita Negara itu, ketika membuat keputusan untuk berkahwin, beliau berdepan pelbagai pandangan masyarakat dan peminat yang ada menyokong, namun tidak kurang juga yang menentang.

Jelasnya dalam temu bual bersama Nona,

Advertisement

Saya tak anggap ia titik terendah, tetapi saat saya benar-benar reda. Saya maklum Datuk K pernah berkeluarga, jadi bila saya memilih untuk bersama dengannya memang ada peminat yang setuju dan ada yang tidak. Saya kata pada diri, kalau kerjaya menjunam sekalipun, itu ketentuan Allah.

Siti berkata, keputusan untuk berkahwin bukanlah mudah kerana melibatkan masa depan hidup serta kerjaya yang dibina bertahun-tahun. Namun, beliau yakin jodoh adalah ketentuan Allah.

@nona.my “Masa Tu Saya Redha Akan Hilang Peminat, Karier Pun Dah Mula Menjunam Kerana Memilih Untuk Berkahwin Dengan Dato’ K” Sesungguhnya jodoh, pertemuan dan segala yang terjadi dalam kehidupan adalah ketentuan Allah SWT. PerancanganNya adalah yang terbaik. Bahtera perkahwinan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ K telah pun genap 19 tahun. Semoga kekal bahagia sampai syurga. Selamat ulang tahun perkahwinan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ K! #majalahnona #wanita #borakceo #podcastnona #sitinurhaliza ♬ Slow song – Single Cirquit

Kini, selepas hampir 20 tahun perkahwinan, Siti meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sentiasa menjaga, memahami serta berkongsi matlamat sama. “Alhamdulillah… harapan saya biarlah perkahwinan ini berakhir sampai ke jannah,” katanya.

2025-08-21 11:32:21

"Adakah Itu Awak…" – Netizen Filipina Dedah Siti Nurhaliza Tokoh Terkenal Dalam Buku Teks

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Nona

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...