Sejak bercerai enam bulan lalu, pelakon dan pengarah, Farid kamil akui sukar untuk mencari pengganti bekas isterinya, aktres Diana Danielle.
Menurut aktor berusia 44 tahun itu, dia mengenali Diana sejak 19 tahun yang lalu dan tentunya tidak mudah buatnya untuk mencari pengganti.
Bagaimanapun, Farid juga berkata dia tidak sesekali menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran orang baru tetapi juga tidaklah terburu-buru dalam hal itu.
Sewaktu saya bercinta dan berkahwin dulu saya menggunakan seluruh jiwa dan raga. Jadi untuk kembali melakukan hal yang sama untuk fasa yang baharu, pada saya agak sukar.
Ditanya pendapatnya tentang kenyataan lelaki lebih cepat ‘move on’, Farid berkata itu adalah ketentuan Ilahi dan bergantung kepada matlamat hidup seseorang itu.
Katanya, tidak semestinya lelaki yang akan kahwin dahulu selepas bercerai dan ada juga situasi di mana wanita yang mendirikan rumah tangga semula sebelum lelaki.
Ada orang yang tidak boleh hidup bersendirian terlalu lama. Kita tidak boleh menghakimi orang. Bercinta dan berkahwin selalunya bermain dengan jiwa dan raga. Kalau berkahwin setakat untuk menghilangkan kesepian, saya rasa itu bukan jalannya.
Kongsi aktor berasal dari negeri Utara itu lagi, enam bulan hidup bersendirian turut membuatkan dirinya mahu menceburi bidang perniagaan dengan membuka kedai motor elektrik.
Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mereka teruskan hidup.