August 5th, 2020

Hebat sungguh penangan drama popular masa kini, 7 Hari Mencintaiku 2 yang kini sedang ditayangkan di sebuah stesen televisyen tempatan. Drama tersebut seolah-olah menjadi fenomena apabila ianya mengetengahkan konflik keluarga yang seolah-olah dekat dengan hati penonton.

Kehebatan drama tersebut menjadi bualan ramai apabila barisan pelakon hebat yang membintangi drama tersebut ternyata dapat menjiwai watak dengan sebaiknya. Selain daripada watak utama, pelakon sampingan yang membawa karakter Helmi dan Sofi yang dibawa oleh Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila turut menarik perhatian netizen.

View this post on Instagram

Sofi & Helmi is back on set. Nantikan #7harimencintaiku2 mulai 2 Julai di Slot Akasia hanya di @tv3malaysia . . #sofi #dramasangat My blouse : @mcvogue.com.my Hijab : @mizzian_hijab

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

Bergandingan dalam drama tersebut, ramai peminat drama tempatan menggemari lakonan mereka yang terlihat sangat asli dan tidak kekok seolah-olah sudah mengenali jiwa dan karakter masing-masing.

Sempena mempromosikan drama, Wan Sharmila baru-baru ini ada memuat naik foto berbusana pengantin rona putih bersama Syazwan di Instagram.Ianya ternyata telah mencuri perhatian netizen yang rata-rata memuji pasangan ini yang kelihatan seperti pinang dibelah dua dan sepadan.

Ketika meninjau ruangan komen, ramai pula peminat yang mahukan kedua pelakon ini berjodohan di luar set penggambaran memandangkan keduanya masih solo pada ketika ini. Jika serasi apa salahnya kan? Dua-dua pun masih tidak berpunya. Apa-apapun, doakan yang terbaik untuk mereka berdua, kalau ada jodoh apa salahnya!


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...