Mungkin sekadar bergurau atau mahu mencetuskan perbincangan, penyanyi sensasi Baby Shima kembali mencuri perhatian apabila mempersoalkan definisi sebenar bangsa Melayu, sekali gus membuka semula perdebatan yang belum reda sejak kontroversi melibatkan Ameera Khan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 32, mengajukan soalan berkenaan keturunan Jawa.
Darah Arab dan Pakistan memang bukan orang Melayu. Tapi kalau Jawa, kira Melayu juga ke?
Pertanyaan itu dilihat merujuk secara tidak langsung kepada isu Ameera Khan yang sebelum ini mengaku bukan berbangsa Melayu kerana berdarah Arab dan Pakistan, walaupun dilahirkan serta dibesarkan di Malaysia.
Tindakan Baby Shima itu terus mendapat pelbagai reaksi netizen, termasuk yang memberikan penjelasan mengenai konsep Melayu di Malaysia.
Definisi Melayu, satu, berbahasa Melayu. Dua, beragama Islam. Tiga, mengamalkan adat istiadat Melayu. Tak kira apa pun sub-etnik, itu sudah dikira Melayu,” jelas seorang pengguna media sosial.
Terdahulu, adik kepada selebriti Neelofa itu mengundang kritikan apabila menyatakan dirinya bukan Melayu, sebelum mengakui lebih selesa dikenali sebagai Melayu untuk mengelak kekeliruan berkenaan keturunannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.