“Kalau Jatuh ‘Confirm’ Bocor Kepala Budak” – Netizen Kecam MBKT Buat ‘Playground’ Konkrit

Berita

“Kalau Jatuh ‘Confirm’ Bocor Kepala Budak” – Netizen Kecam MBKT Buat ‘Playground’ Konkrit

Sememangnya aktiviti beriadah bersama anak-anak di taman permainan (playground) awam merupakan aktiviti biasa yang sering dilakukan oleh ibu bapa bagi meluangkan bersama anak mereka.

Walau bagaimanapun, bukan semua taman akan diselenggara dengan baik, malah ada beberapa kajian sebelum ini memberitahu hampir 3000 kes kecederaan telah berlaku dalam tempoh tiga bulan.

Advertisement

Baru-baru ini, ada seorang pengguna Facebook telah berkongsikan salah satu kawasan taman permainan dibawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengundang pertanyaan orang ramai.

Sekali pandang sememangnya akan membuat kanak-kanak teruja untuk bermain kerana ia menggunakan tema perahu selain ada ‘ciri keselamatan’ iaitu pasir yang dipercayai berfungsi sebagai penyerap hentakan seandainya kanak-kanak terjauh atau sebagainya.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan ramai pihak adalah pemilihan bahan yang digunakan untuk bina taman permainan itu yang diperbuat dari konkrit selain ada juga beberapa bucu tajam yang pastinya bahaya buat kanak-kanak.

Ada salah satu foto yang dimuatnaik oleh pengguna itu, jelas kelihatan pasir sudah mula mendap akibat impak yang berterusan dari budak-budak yang bermain gelongsor terbabit.

Dalam pada masa yang sama, warganet mempersoalkan keputusan MBKT untuk menggunakan konsep taman permainan ‘lama’ yang diperbuat dari batu sedangkan ada saja di pasaran set taman permainan yang dijual lebih pada mesra kanak-kanak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Uyaina
2 years ago

Disamakan Dengan Isteri Firaun, Baju Persalinan Uyaina Arshad Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lobak Merah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...