“Kalau Jadi Juara, Mesti Kena Kecam” – Shuib ‘Lega’ Thalita Dapat Naib Juara TTMM

Hiburan

“Kalau Jadi Juara, Mesti Kena Kecam” – Shuib ‘Lega’ Thalita Dapat Naib Juara TTMM

“Saya bersyukur dan gembira kami dapat tempat kedua, kalau jadi juara mesti kena kecam.”

Itu luahan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 41, selepas diumumkan sebagai naib juara Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) bersama anak perempuannya, Thalita, hujung minggu lalu.

Menurut Shuib, dia sudah seminggu menahan tekanan akibat kecaman hebat netizen yang mendakwa berlaku ‘favoritism’ sepanjang pertandingan berlangsung.

Seminggu saya tahan. Orang cakap ada ‘favoritism’ dalam TTMM dan menyasarkan anak saya Thalita kononnya Grand Finale diwujudkan sebab dia.

Bila manager-manager lain beritahu mereka sudah sedia maklum tentang penambahan minggu, orang tak mahu percaya juga. Juri-juri pun tahu ada lapan minggu.

Bila kami dinobatkan sebagai naib juara, saya rasa gembira dan lega. Bayangkan kalau kami jadi juara, mesti mereka akan cakap memang sudah dirancang.

Thalita Tekanan, Terima Lebih 10,000 Kecaman

Shuib turut mendedahkan bahawa anaknya, Thalita, terkesan teruk dengan kecaman yang diterima hingga menjejaskan emosinya.

Ada lebih 10 ribu komen kecaman terhadap Thalita. Dia betul-betul ‘down’. Saya kena pantau supaya dia tak baca komen. Dia pula tengah bergelut dengan masalah kesihatan. Ada orang mesej saya dalam Instagram suruh kami tarik diri.

Saya dan Thalita sama-sama ‘down’. Saya sampai berdoa kepada Allah supaya tak menang. Sebab kalau menang, pasti kena kecam. Letih saya nak menjawab nanti.

Isu ‘Menunggang’ Arwah Siti Sarah

Mengulas tuduhan bahawa mereka sering ‘menunggang’ kisah arwah Siti Sarah demi meraih simpati, Shuib menegaskan anaknya berhak untuk menyanyikan lagu ibunya sendiri.

Orang cakap sudah-sudahlah menyanyi lagu mak sebab nak meraih simpati. Dia menyanyi lagu mak dia bukan dia menyanyi lagu mak kau.

Dia ada hak untuk menyanyi lagu mak dia. Saya rasa lagu mak dia sesuai untuk dinyanyikan dalam mana-mana episod TTMM. Jadi apa salahnya?

Ini juga merupakan satu kenangan yang saya boleh rekodkan dalam bentuk video yang anak arwah menyanyikan lagu ibunya.

Terdahulu, pasangan anak-beranak itu menjadi perhatian apabila didakwa sebagai peserta kesayangan produksi, malah dikatakan episod tambahan diwujudkan untuk memberi peluang Thalita beraksi selepas dia terpaksa berehat kerana dijangkiti Influenza A.

Advertisement

Namun, keputusan akhir TTMM menyaksikan Shuib dan Thalita membawa pulang gelaran naib juara, sekali gus menutup segala spekulasi dengan penuh rasa syukur dan kelegaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti nurhaliza amad
2025-10-13 18:28:38

"Kami Tahu Apa Yang Berlaku, Bukan Faktor Kesihatan Amad" - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...