Nampaknya berita keakraban serta kerapatan hubungan Izreen Azminda dan Amar Baharin tidak memberi sebarang kesan kepada bekas suaminya, Muhammad Riza. Ini kerana bagi Riza, itu adalah hal peribadi bekas isterinya dan tiada kaitan dengan dirinya selepas mereka ambil keputusan untuk bercerai. Senang cerita, suka hatilah Izreen nak bercinta ke nak buat apa-apa, Riza enggan ambil tahu.
Kata Riza menerusi Mstar Online:-
Saya sedikit pun tidak tertekan dengan berita-berita yang keluar itu kerana kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Kalau dia bercinta sekalipun itu adalah hak peribadi dan terpulang kepada dia untuk menentukan kehidupannya.
Perceraian kami mungkin sudah ditetapkan oleh Allah, kalau disebabkan orang ketiga sekalipun saya reda. Apa-apa pun alasan perceraian ini pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, saya doakan yang terbaik buat dia
Nampak gayanya macam tiada harapan untuk mereka berdua rujuk kembali. Apa pun hubungan anda berdua haruslah diteruskan walaupun tidak lagi dan tidak akan bergelar suami isteri kembali. Ini kerana anak hasil perkongsian hidup Riza dan Izreen pastinya memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Semoga di akhir nanti, Riza dan Izreen akan bertemu kebahagiaan yang dicari. Sama-samalah kita doakan.